10 faedah ohsem seorang pemalas
- chino333
- Jun 1, 2016
- 3 min read

Sifat malas dan bertangguh-tangguh selalunya dilihat sebagai sifat negatif.
Pemalas selalunya dikatakan sebagai tak produktif dan tak cekap. Pendek kata manusia yang tak patut dicontohi dan perlu dijadikan sempadan.
Jadi pemalas sebetulnya ada manfaat tersendiri. TAPI hanya untuk kemalasan yang sementara. Bukan asyik dok malas sepanjang masa je.
Kemalasan boleh jadikan korang lebih baik, JIKA korang bijak gunakannya sebagai satu sumber, dan bukannya halangan kepada produktiviti.
1. Jika korang seorang pemalas, ada kemungkinan korang juga seorang yang bijak
Sebagai seorang pemalas, orang biasanya akan melabel korang sebagai seorang yang membosankan dan bodoh. Tetapi sebenarnya pemalas adalah orang yang cerdik dan bijak. Kemalasan hanyalah sesuatu yang boleh dilihat secara zahir. Walaupun orang tu di depan korang nampak macam orang yang bodoh, mustahil korang tahu apa yang sedang difikirkan di dalam kepala diorang.
2. Kemalasan kadang-kadang boleh membuatkan korang lebih produktif
Seorang pemalas biasanya terlalu malas nak melakukan perkara yang tak produktif - macam tengok Facebook masa bekerja, bermain mobile games dan membuang masa perati handphone 24/7.
Dengan tiadanya perkara-perkara tadi dari rutin hidup, menjadi produktif adalah satu-satunya pilihan yang korang ada. Nak melepak pun perlukan usaha dan tenaga tau!
3. Ianya memberikan korang fokus sepenuhnya untuk menyiapkan kerja-kerja last minute
Disebabkan kemalasan korang, mesti ada dua tiga kerja yang korang 'simpan' untuk buat last minute. Dan disebabkan tekanan untuk siapkan kerja last minute ni, bila korang nak mula buat, korang akan melakukannya dengan ketekunan dan penumpuan yang tidak berbelah bahagi.
Dan korang gian dengan thrill semasa dan kepuasan selepas kerja tu selesai.
4. Kemalasan boleh membuatkan korang lebih cekap
Oleh sebab korang pemalas, cari jalan pintas untuk tugasan yang kompleks adalah kepakaran korang. Ianya sangat berguna kalau kerja korang melibatkan pengaturcaraan komputer, di mana korang perlu mengoptimumkan kod. Korang juga boleh gunakan skill ini untuk selesaikan apa-apa masalah semudah mungkin menggunakan tenaga yang paling sedikit.
5. Jadi pemalas waktu remaja sebenarnya baik untuk pertumbuhan
Tekanan daripada ibu bapa semasa belajar dan kebimbangan akibat terlalu serius dalam pembelajaran sebenarnya memberi impak buruk bagi pertumbuhan remaja.
Melepak bersama rakan-rakan seusia atau menonton TV mungkin macam aktiviti yang membuang masa, tetapi sebenarnya satu cara para remaja memikirkan apa yang mereka nak buat pada masa hadapan - dengan cara yang diorang enjoy.
6. Menjadi pemalas sebenar memberi ruang untuk anda berfikir tentang isu-isu kehidupan secara lebih mendalam
Seorang pemalas yang kita tengok asyik melepak sebenarnya fikiran mereka sedang berlegar-legar. Mereka berfikir secara mendalam tentang isu-isu kehidupan mereka dan bagaimana untuk mengatasinya. Kemalasan adalah satu cara yang terbaik untuk put life into introspect atau melihat kehidupan seseorang itu dari perspektif yang berlainan.
7. Lebih senang menyiapkan tugasan kecil dengan menunda tugasan besar kerana kemalasan korang
Korang selalu menunda tugasan sangat besar kerana malas? Perasan tak bahawa dalam masa itu banyak tugasan-tugasan kecil yang lain boleh disiapkan?
Ini kerana waktu korang malas tu adalah sangat sesuai untuk menyiapkan pekerjaan kecil dan seterusnya membolehkan tumpuan sepenuhnya untuk selesaikan tugasan besar.
8. Kadang-kadang, sesuatu masalah akan selesai sendiri dengan hanya menunggu
Banyak masalah akan selesai dengan sendiri tanpa campur tangan korang. Ia boleh jadi melalui delegation atau secara semula jadi. Walau apapun, ini adalah satu kelebihan menunda (procrastination) dan kemalasan.
9. Pemalas boleh mengelakkan kemurungan yang berkaitan dengan sesuatu tugasan
Kemalasan adalah ubat terbaik untuk kebimbangan. Kebimbangan akan membuatkan korang tak produktif. Ia juga menjejaskan kecekapan korang untuk menyiapkan kerja.
Dengan jadi pemalas, kebimbangan ini boleh diatasi dan korang akan dapati kerja dapat disiapkan dalam keadaan lebih santai.
Part yang susah sikit bila nak keluar dari zon kemalasan.
10. Korang mungkin bakal dinaikkan pangkat tertinggi kerana menjadi pemalas
Kalau korang rasa korang seorang yang bijak tapi pemalas, besar kemungkinan karier korang akan berakhir di peringkat tertinggi dalam sesuatu syarikat.
Matrix Von Manstein yang diceritakan sebelum ini menyatakan bahawa menjadi seorang yang rajin tidak membawa sebarang impak yang besar dalam sesuatu organisasi. Apa yang penting adalah gabungan keaktifan dan kadar kerja yang korang buat.
Melalui logik matrix tersebut, seseorang yang bodoh dan rajin adalah satu kombinasi yang sangat merbahaya.
Yang paling penting, korang kena tahu bila nak berhenti jadi pemalas dan mula masuk ke dalam zon produktiviti.
Menjadi pemalas sebenarnya merupakan satu kelebihan yang korang ada.
ความคิดเห็น