bagaimana menjadi kaya cara pemalas
- chino333
- May 30, 2016
- 3 min read

Orang malas boleh jadi kaya?
Tunggu kejap... Biar hadam betul-betul ayat pertama tu.
Dah hadam? Rasa macam susah nak percaya, kan? Jawapan yang ringkas, BOLEH. Tapi bersyarat. Pakcik kongsikan petikan artikel Victoria Craw kat bawah ni...
"Sentiasa bayangkan nilai masa anda RM500.00 sejam dan jangan buat sesuatu kerja kalau ada orang lain boleh buat benda yang serupa tapi dengan lebih baik"
itu adalah antara tip-tip utama Anthony Khoury, pengarang buku The Beach Bum Millionaire: How To Build A Million Dollar Business...The Lazy Way!. Beliau yakin masih ramai yang blur bila bercerita macam mana nak bina kekayaan.
"Semua orang fikir ada formula rahsia atau kursus tertentu atau kumpulan rahsia macam Freemason yang akan membawa korang kepada harta karun keluarga yang diwariskan bernilai jutaan RM," katanya.
"Inilah mentaliti orang yang senang tersontot dengan skim cepat kaya sebab fikir diorang perlu menjadi sebahagian daripada kumpulan tertentu tetapi hakikatnya ianya langsung takde kaitan."
Berikut adalah tip-tip utama beliau bagaimana untuk menjadi kaya cara pemalas.
Cari model dan contohinya
Apa sahaja yang korang nak buat untuk menjadi bagus atau terbaik, cari seseorang yang boleh lakukannya dengan lebih baik dan contohi diorang.
"Tidak kira la apa sekalipun, kalau ada orang lain boleh melakukannya lebih cepat atau lebih baik saya akan pergi kepada diorang dan cuba tiru. Jika seseorang berkata melabur dalam sepuluh hartanah, saya takkan ikut cakap seorang lelaki di parti barbeku yang ada satu hartanah je... Saya akan mencari guru yang mempunyai berpuluh hartanah dan contohi apa yang guru tu buat," kata Mr. Khoury.
"Cuba untuk figure out sendiri hanya membuang masa. Ia akan mengambil masa bertahun-tahun pada kadar pertumbuhan perlahan dan lambat untuk kaya. Belajar dengan pakar boleh jimatkan masa dan usaha."
Jangan takut untuk menjadi bodoh
Banyak orang ketinggalan peluang untuk belajar benda baru atau mendapat maklumat baru kerana terlalu sombong untuk bertanya soalan-soalan bodoh. Mr Khoury berkata korang perlu terus bertanya sehingga dapat informasi yang diperlukan. Tak rugi pon tambahan pulak kalau ianya nasihat percuma.
"Jika korang mahu ke peringkat seterusnya korang perlu mula bergaul dengan orang-orang yang lebih berjaya. Kalau korang menjadi orang yang paling dungu dalam satu-satu situasi, korang gerenti akan sentiasa mendapat lebih banyak jawapan atau nasihat yang berguna daripada orang yang berpura-pura tahu segala-galanya."
Delegate semuanya
Kebanyakan orang sangat mahir atau bagus dengan apa yang mereka lakukan. Masalahnya diorang cuba mengawal segala-galanya dan menjadi terlalu sibuk dengan aktiviti harian tanpa ada ruang untuk hal-hal lain.
"Cuba untuk mengawal setiap aspek dalam mencipta kekayaan sangat meletihkan. Let it go. Korang perlu cari orang lain untuk buat semua kerja ini untuk korang."
Sebaliknya, cuba bayangkan seolah-olah korang akan dilanggar oleh sebuah bas dan perkara-perkara ini boleh terus berjalan secara automatik tanpa korang.
"Orang yang berjaya biasanya boleh mengelakkan diri dari tugas harian dan hanya menghabiskan masa mereka secara kreatif untuk mengambil peluang dan merangka strategi yang akan membawa perniagaan diorang ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Kalau boleh, jangan cuba melakukan semua kerja sendiri. Upah orang lain melakukannya untuk korang.
Jangan jadi analysis paralysis
Terlalu taksub dengan perincian rancangan perniagaan takkan membawa korang ke mana-mana. Kadang-kadang korang kena ambil calculated risk dan redah je.
"Saya tak pernah ada pelan perniagaan. Saya cuma melihat worst case scenario dan berapa jualan kena buat untuk balik modal. Itu sahaja," katanya.
Mr Khoury berkata media sosial boleh memberi impak negatif untuk perniagaan dimana korang akan menghabiskan masa untuk blogging, tweeting, buat Search Engine Optimization (SEO) dan mencipta webinar tanpa melakukan perkara yang lebih efektif untuk mencipta kekayaan.
Network
Sekali seminggu saya akan berjumpa dengan kawan-kawan saya untuk makan tengah hari. Tak pernah sekalipun dalam perjumpaan ini saya tidak belajar benda baru. Jika korang asyik terperok dalam pejabat sepanjang hari dan asyik melihat empat dinding, korang akan ketinggalan perkara yang sedang berlaku di pasaran dan teknologi terbaru yang terdapat di luar sana untuk membuatkan perniagaan korang lebih efisyen.
Hargai masa korang
Kata kepada diri sendiri bahawa masa korang bernilai RM500.00 sejam. Jika korang asyik buat tugasan membosankan sepanjang minggu, korang tajkkan capai kebebasan kewangan yang sebenarnya. Jadi lebih efisyen dengan masa yang korang luangkan dan outsource sebanyak mungkin untuk mengelakkan isu-isu kecil.
"Korang gerenti takkan terjumpa RM1juta di media sosial. Saya cuma habiskan 10-15 minit sehari untuk media sosial."
"Jika korang berjaya menjalankan perniagaan tanpa perlu ada di pejabat, korang dah capai kebebasan mutlak. Sebaliknya, jika korang perlu berada di sana tujuh hari seminggu, korang akan jadi lebih murung dan letih."
Comments